Mengapa memilih Evernote?

Evernote memberi anda segala yang anda perlukan untuk mengatur hidup—mencatat nota, merancang projek dan cara yang mudah untuk mencari perkara yang anda perlukan, pada masa anda memerlukannya.

Ayuh kita bermula

Rakam apa-apa sahaja

Tambahkan lebih banyak teks pada nota anda, termasuk foto, fail dan senarai tugas.

Simpan ia bersama

Cipta ruang peribadi untuk semua idea dan maklumat paling penting anda.

Cari dengan cepat

Dapatkan nota yang tepat, dengan serta-merta menggunakan teg carian dan kata kunci yang berkuasa.

Bawanya ke mana sahaja

Segerakkan nota anda ke semua peranti anda supaya ia kekal bersama anda, walaupun anda berada di luar talian.

Skrin utama untuk perkara penting

Dapatkan akses pantas kepada maklumat yang paling anda perlukan.
Skrin utama untuk perkara penting

Mengatasi kebiasaan

Evernote terulung dalam membantu anda kekal produktif.

Penyusunan yang fleksibel

Evernote tidak memaksa anda untuk menyusun dalam cara tertentu. Cipta sistem buku nota atau biarkan tanpa penyusunan. Semua nota boleh dicari dengan pantas.

Tersedia di mana-mana sahaja

Memiliki iPhone dan komputer Windows? Android dan Mac? Suka menggunakan Linux? Tidak seperti kebanyakan aplikasi mencatat nota, Evernote berfungsi pada semua peranti.

Web Clipper

Sesetengah aplikasi mencatat nota amat mengehadkan perkara yang boleh anda simpan dalam talian. Evernote Web Clipper membolehkan anda menyimpan dan menganotasikan halaman web, imej dan PDF.

Pengecaman aksara

Temui nota dengan mencari kata kunci, walaupun perkataan tersebut muncul dalam foto, imbasan papan putih, kad niaga, tulisan tangan atau dokumen.

Aplikasi web

Kebanyakan aplikasi mencatat nota kekurangan aplikasi web berfungsi penuh. Evernote Web menawarkan rangkaian ciri yang lengkap daripada sebarang pelayar utama.

Penyepaduan apl

Evernote berfungsi dengan yang anda gunakan, termasuk Google Drive, Slack, Outlook, MS Teams, Zapier dan Gmail.

Catat nota terbaik sejak...selama-lamanya

Catat nota terbaik sejak...selama-lamanya

Rakam butiran daripada mesyuarat, kuliah atau imaginasi anda sendiri. Tambahkan kejelasan melalui jadual dan berbilang warna untuk serlahan serta teks.
Rakam lebih banyak daripada sekadar perkataan

Rakam lebih banyak daripada sekadar perkataan

Dapatkan idea dengan cepat dan gabungkan dengan imej, lakaran, dokumen dan rakaman audio untuk mengubah pemikiran yang bernas menjadi rancangan tindakan.
Anda akan berasa senang

Anda akan berasa senang

Simpan semua bahan projek anda di satu tempat — termasuk senarai semak, e-mel dan PDF. Pencarian pintar meletakkan semuanya di hujung jari anda.

Jangkaui "bermula"

Majukan tugas ke hadapan di tempat kerja, rumah dan di mana-mana sahaja.

Mesyuarat

Fokus pada mesyuarat, bukan pengambilan nota. Nota audio membuatkan anda tidak perlu mencatat.

Tugasan

Rehatkan minda anda dengan menambahkan peringatan pada senarai semak anda.

Projek

Simpan semua perkara yang anda perlukan untuk projek besar anda yang seterusnya di satu tempat pusat.

Matlamat profesional

Buat rancangan yang tepat dengan cepat untuk membantu anda menjadi lebih teratur—dan terus maju.

Sekolah

Ikuti perkembangan tugas anda dan jangan terlepas tarikh jangka. Ketahui lebih lanjut.

Menulis

Luahkan idea anda dan temukan idea tersebut dengan cepat menggunakan teg carian dan kata kunci.

Percutian

Sila berehat. Simpan maklumat yang anda perlukan untuk percutian anda di satu tempat.

Haiwan peliharaan

Jadual berjalan—tanda. Nombor telefon doktor haiwan—tanda. Kotoran pada permaidani—alamak...

Rasai ketenangan dengan menjadi lebih teratur.