Tarikh Berkuat Kuasa: 21 Julai 2021
Maklumat di halaman ini mungkin berkuat kuasa pada anda jika anda penduduk salah satu wilayah yang dijelaskan dan melengkapkan maklumat yang terdapat dalam Dasar Privasi kami.
Pengguna yang bermastautin di California diberikan hak tambahan yang berkenaan dengan maklumat peribadi mereka di bawah Akta Privasi Pengguna Californa atau (“CCPA”) (Kod Sivil California Seksyen 1798.100 et seq.). Sekiranya anda seorang penduduk California, terma dan syarat ini berkuat kuasa pada anda.
Kami tidak menjual dan tidak akan menjual maklumat peribadi anda. Evernote menggunakan dan mengumpul maklumat anda untuk tujuan yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini, termasuklah “tujuan perniagaan” di bawah CCPA.&nsbp;
Kami menyediakan pededahan tambahan berikut yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi di bawah CCPA:
Kategori Maklumat Peribadi yang Dikumpulkan. Dalam 12 bulan sebelumnya, kami telah mengumpulkan kategori maklumat peribadi yang disenaraikan di bawah.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang jenis data yang boleh kami kumpulkan, lihat bahagian “Apakah maklumat yang Evernote kumpulkan?” pada Dasar Privasi ini.
Tujuan Perniagaan atau Komersial untuk Mengumpul Maklumat. Kami mengumpul maklumat peribadi untuk tujuan perniagaan dan komersial seperti yang dihuraikan di bahagian “Bagaimanakah Evernote menggunakan maklumat saya?” pada Dasar Privasi ini.
Kategori Sumber Maklumat Peribadi. Kami mengumpulkan maklumat peribadi secara terus daripada anda apabila anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, secara automatik semasa anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami atau berurus niaga dengan kami, serta daripada sumber pihak ketiga seperti yang dihuraikan di bahagian “Apakah maklumat yang Evernote kumpulkan?” pada Dasar Privasi ini.
Kategori Pihak Ketiga yang Kami Kongsi Maklumat. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga seperti yang dihuraikan di bahagian “Bagaimanakah Evernote berkongsi atau mendedahkan maklumat saya?” pada Dasar Privasi ini.
Kategori Maklumat Peribadi dan Kategori Pihak Ketiga yang Dimaklumkan. Dalam 12 bulan sebelumnya, kami telah mendedahkan kategori maklumat peribadi berikut untuk tujuan perniagaan atau komersial kepada kategori pihak ketiga seperti yang dijelaskan dalam bahagian "Bagaimana Evernote berkongsi atau mendedahkan maklumat saya?" pada Dasar Privasi ini:
Kategori Maklumat Peribadi |
Kategori Pihak Ketiga Kepada Yang Diketahui |
|
|
|
Penjualan Maklumat Peribadi. Evernote tidak dan tidak akan menjual maklumat peribadi pengguna kami. Evernote tidak pernah menjual maklumat peribadi pengguna kami untuk tujuan perniagaan atau komersial dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Pengguna California mempunyai hak untuk meminta akses kepada bahagian maklumat peribadi khusus yang telah kami kumpulkan tentang mereka dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Anda juga boleh meminta butiran tambahan tentang amalan maklumat kami, termasuk kategori maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan tentang anda, kategori sumber pengumpulan tersebut, tujuan perniagaan atau komersil untuk pengumpulan maklumat peribadi; kategori pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat peribadi anda dan kategori maklumat peribadi yang telah kami dedahkan tentang anda dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. Jika anda seorang pengguna California, anda juga mempunyai hak (i) meminta pemadaman maklumat peribadi anda (tertakluk pada pengecualian tertentu), (ii) menarik diri daripada penjualan maklumat peribadi dan (iii) menerima perkhidmatan serta harga serupa dan tidak ditindas walaupun anda melaksanakan sebarang hak CCPA anda yang lain.
Pengguna California boleh membuat permintaan dengan mengikut arahan ini:
Hantarkan tiket melalui portal Bantuan dan Pembelajaran kami yang terdapat di https://help.evernote.com.Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Evernote atau merupakan pelanggan percuma, anda boleh mengemukakan permintaan sebagai tetamu.
Sebagai alternatif, anda boleh menghantar permintaan anda melalui e-mel ke privacy@evernote.com. Dalam baris subjek e-mel anda, sila tulis "Permintaan Hak CCPA".
Harap maklum bahawa untuk memenuhi permintaan anda, kami mungkin memerlukan anda memberikan maklumat tertentu untuk mengesahkan identiti anda, dengan memastikan permintaan anda dibuat daripada alamat e-mel akaun utama anda atau menggunakan portal sokongan kami daripada akaun yang disahkan. Anda juga boleh menetapkan ejen yang diberi kuasa untuk menggunakan hak ini bagi pihak anda. Ejen yang diberi kuasa akan diminta mengesahkan (i) pengguna dan/atau akaun yang berkaitan dengan permintaan tersebut dan (ii) identiti dan kebenaran bertulis mereka untuk bertindak sebagai ejen anda. Individu yang bertindak sebagai ejen yang dibenarkan untuk pengguna akhir akan diminta untuk mengemukakan kebenaran bertulis daripada pengguna akhir yang merangkumi tarikh kebenaran (dalam tiga bulan sebelum permintaan), nama pengguna akhir, serta tandatangan pengguna akhir). Agensi yang bertindak sebagai ejen yang dibenarkan untuk pengguna akhir akan diminta mengemukakan bukti pendaftaran dengan Setiausaha Negara California (jika membuat permintaan di bawah CCPA) dan permintaan menggunakan borang surat kuasa menurut Cal. Prob. Code Section 4000 hingga 4465 atau dokumen lain yang mencukupi yang memenuhi syarat surat kuasa berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa. Kami tidak akan mendiskriminasi anda sekiranya anda memilih untuk menggunakan hak anda di bawah CCPA.
Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jumlah permintaan data peribadi yang diterima dan diproses oleh Evernote dari semua individu dalam 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020 dalam jadual di bawah:
Type of request | Received | Complied with (in whole or in part) | Denied | Median response time |
Request to Know | 14 | 14 | 0 | 18.5 days |
Request to Delete | 49,082 | 49,081 | 1 | 1 day |
Request to Opt Out of Personal Information Sales | 0 | Evernote does not sell personal data | Evernote does not sell personal data | Evernote does not sell personal data |
Perkhidmatan Evernote boleh diakses oleh pengguna kurang upaya. Pengguna kurang upaya juga boleh menghubungi kami melalui e-mel di privacy@evernote.com untuk meminta format alternatif bagi Dasar Privasi ini.
Berikut ialah penjelasan tentang hak akses data yang disediakan oleh Evernote kepada individu EEA, UK dan Switzerland.
HAK ANDA |
APAKAH MAKSUDNYA UNTUK ANDA? |
Hak untuk mengakses |
|
Hak pembetulan |
|
Hak untuk mudah alih data |
|
Hak untuk menolak |
|
Evernote menggunakan dua mekanisme pemindahan data: Klausa Kontrak Standard dan Rangka Kerja Perisai Privasi.
Evernote menggunakan Klausa Kontrak Standard, yang merupakan syarat kontrak yang dibangunkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah untuk memastikan perlindungan yang mencukupi bagi data tertakluk semasa memindahkan data peribadi dari EEA, United Kingdom (“UK”) atau Switzerland ke Amerika Syarikat dan negara lain. Klausa Kontrak Standard secara umumnya dirujuk dalam Perjanjian Pemprosesan Data yang dimeterai antara Evernote dan pihak yang berkaitan.
Selain itu, walaupun pembatalan Perisai Privasi EU-AS dilakukan pada tahun 2020 oleh Mahkamah Kehakiman Eropah dan Perisai Privasi Swiss-AS oleh Suruhanjaya Perlindungan Data serta Maklumat Persekutuan Switzerland, Evernote telah memilih untuk mengekalkan perakuan pematuhannya dengan Perisai Privasi EU-AS dan Kerangka Perisai Privasi Swiss-AS seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan AS tentang pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi dari negara anggota EEA, UK dan Switzerland. Ketahui Lebih LanjutTunjukkan Kurang
Seperti yang digunakan dalam notis ini, "data peribadi" bermaksud maklumat yang (i) dipindahkan dari EEA, UK atau Switzerland ke Amerika Syarikat, (ii) direkodkan dalam mana-mana borang, (iii) adalah tentang atau berkaitan dengan, individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti dan (iv) boleh dikaitkan dengan individu tersebut. Notis ini menggariskan dasar umum dan amalan kami untuk melaksanakan Prinsip Perisai Privasi bagi data peribadi.
Evernote Corporation telah memperakui bahawa berkenaan dengan semua data peribadi yang diterima dari EEA, UK dan Switzerland dalam pergantungan pada Perisai Privasi, ia akan mematuhi Prinsip Perisai Privasi Notis, Pilihan, Kebertanggungjawaban untuk Perpindahan Hadapan, Keselamatan, Integriti Data & Tujuan Had, Akses serta Rekursa, Penguatkuasaan dan Liabiliti Senarai Perisai Privasi serta untuk mengetahui butiran pensijilan kami, sila lawati: https://www.privacyshield.gov/list.
Sekiranya kami perlu menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang berbeza daripada tujuan yang kami kumpulkan atau yang anda izinkan kemudian, kami akan memberitahu anda dan memberi peluang kepada anda untuk menarik diri.
Di bawah Perisai Privasi, Evernote Corporation akan terus bertanggungjawab jika penyedia perkhidmatan pihak ketiga memproses data peribadi anda dengan cara yang tidak konsisten dengan Prinsip Perisai Privasi, melainkan kami membuktikan bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa yang menimbulkan kerosakan.
Penduduk EEA, UK atau Switzerland yang percaya bahawa data peribadi mereka tidak diproses sejajar dengan Prinsip Perisai Privasi boleh mengemukakan aduan mereka dengan cara berikut:
Anda boleh menghubungi Evernote Corporation secara terus menggunakan butiran di bahagian "Bagaimana saya hendak menghubungi Evernote?" dalam Dasar Privasi kami. Kami akan bertindak terhadap aduan anda dalam tempoh masa 45 hari dari tarikh penerimaan.
Kami juga komited untuk merujuk aduan privasi yang belum selesai di bawah Perisai Privasi kepada JAMS, penyedia penyelesaian pertikaian alternatif yang terletak di Amerika Syarikat. Jika anda tidak menerima perakuan yang tepat pada masanya tentang aduan anda atau jika aduan anda tidak ditangani secara memuaskan oleh kami, sila lawati https://www.jamsadr.com/eu-us-privacy-shield untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim ini. Perkhidmatan JAMS ini akan diberikan kepada pengadu secara percuma. Untuk memfailkan aduan secara terus dengan JAMS, pergi ke sini: https://www.jamsadr.com/file-an-eu-us-privacy-shield-or-safe-harbor-claim
Untuk pertikaian selebihnya yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah di atas, anda mungkin boleh menggunakan proses timbang tara terikat di bawah keadaan tertentu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim timbang tara terikat bagi Perisai Privasi, sila lihat: https://www.privacyshield.gov/article?id=ANNEX-I-introduction.
Anda mungkin berhak mengakses data peribadi yang kami simpan tentang anda dan meminta kami membetulkan, meminda atau memadamnya jika data tersebut tidak tepat atau diproses dengan cara yang melanggar Perisai Privasi. Sila hubungi kami, seperti yang dinyatakan di atas, untuk membuat permintaan sedemikian dan kami akan mempertimbangkan permintaan anda sejajar dengan Prinsip Perisai Privasi.
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan ke atas pematuhan kami terhadap Privacy Shield.
Harap maklum bahawa kami boleh mendedahkan data peribadi untuk menjawab sepina, perintah mahkamah, proses undang-undang atau permintaan kerajaan (termasuk sebagai respons kepada pihak berkuasa awam untuk memenuhi keperluan keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang).
Pengguna yang tinggal di Brazil diberi hak tambahan tertentu berhubungan maklumat peribadi mereka di bawah Undang-Undang Perlindungan Data Umum Brazil (Undang-Undang No. 13,709/18 atau "LGPD"). Sekiranya anda penduduk Brazil, anda mempunyai hak tertentu berkaitan dengan data peribadi anda menurut LGPD:
Sahkan kewujudan pemprosesan data peribadi anda yang kami buat secara sah.
Akses data peribadi anda dan minta laporan lengkap ringkas atau laporan lengkap tentang data peribadi yang kami proses secara sah tentang anda.
Minta pembetulan sebarang data peribadi yang tidak lengkap, ketinggalan zaman atau tidak tepat yang kami simpan tentang anda, walaupun kami mungkin perlu mengesahkan ketepatan data baharu yang anda berikan kepada kami.
Minta anonimisasi, sekatan atau pemadaman data yang tidak perlu atau berlebihan, atau data yang diproses dengan tidak mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
Batalkan persetujuan anda pada bila-bila masa, di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda. Ini tidak akan mempengaruhi kesahihan proses yang dilakukan sebelum anda menarik balik persetujuan anda.
Minta pemadaman data peribadi anda yang diproses secara sah dan diproses berdasarkan persetujuan anda.
Minta maklumat tentang entiti awam dan swasta yang Evernote telah berkongsi data peribadi anda.
Meminta portabiliti data atau pemindahan data peribadi anda, dalam keadaan tertentu, berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.
Anda juga dapat menghubungi kami pada bila-bila masa jika ada pertanyaan, seperti yang ditunjukkan di bawah ini, dan anda juga berhak mengajukan aduan kepada pihak penyelia yang berkenaan.
Pelanggan Evernote Teams yang mencari perjanjian perlindungan data perlu menghubungi ejen kejayaan pelanggan mereka, atau e-mel privacy@evernote.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kedua-duanya. Bergantung pada keadaan. Kami telah menggariskan perincian tentang peranan Evernote dalam setiap sebutan ini di bawah.
Pengawal data: Untuk pengguna individu kami, Evernote akan bertindak sebagai pengawal data. Apabila Evernote adalah pengawal data, kami menangani data peribadi seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi kami. Kami telah mengemas kini syarat kami agar sesuai dengan keperluan GDPR yang dikemas kini.
Pemproses data: Evernote bertindak sebagai pemproses data bagi pihak pelanggan Evernote Teams kami.
Jika anda tinggal di Brazil, pengawal data anda ialah Evernote do Brasil Serviços de Aplicaçōes Ltda. (“Evernote Brasil”). Jika anda tinggal di Amerika Syarikat dan Kanada, pengawal data anda ialah Evernote Corporation (beribu pejabat di California). Jika anda tinggal di tempat lain, pengawal data anda ialah Evernote GmbH yang berpejabat di Switzerland.
Kami memproses data peribadi yang berasal dari Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom, Switzerland dan Brazil menggunakan salah satu daripada tiga dasar, bergantung kepada keadaan: (i) persetujuan mutlak anda, di mana anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa; (ii) keperluan kontrak; atau (iii) kepentingan sah kami dalam menyediakan Perkhidmatan.
Evernote menggunakan vendor pihak ketiga untuk membantu menyediakan perkhidmatan Evernote kepada pelanggan kami. Sebelum menggunakan vendor baharu, Evernote melakukan tinjauan privasi dan keselamatan. Mana-mana vendor yang mengendalikan data peribadi mesti menandatangani perjanjian pemprosesan data dengan Evernote. Untuk melihat senarai vendor pihak ketiga yang dikemas kini, kami melayari https://evernote.com/privacy/vendors
Sekiranya berlaku konflik, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.