Evernote diasaskan untuk menangani masalah yang semakin menular yang disebabkan oleh teknologi: cara berjaya dalam dunia dengan jumlah serta kelajuan maklumat yang semakin meningkat.
Pengguna hari ini dilimpahi maklumat dan cemas tentang cara mengendalikan semuanya. Evernote membantu orang menumpukan perhatian, pada ketikan ini untuk membuat kemajuan yang paling bermakna.
Evernote melancarkan pergerakan produktiviti peribadi digital dan telah berkembang sejak itu. Lebih daripada 225 juta pengguna di seluruh dunia telah menemui Evernote, yang digunakan dalam lebih 25 bahasa pada setiap hari.
Kami percaya bahawa perspektif yang berlainan membawa kepada idea yang lebih baik. Kami terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih dipercayai dan kolaboratif dalam Evernote—yang membolehkan semua pekerja menjadi diri mereka yang sebenar.
Jika anda mencari statistik, imej dan logo terkini syarikat kami, semak aset jenama kami. Untuk pertanyaan akhbar atau siaran akhbar lain, sila hubungi press@evernote.com.Untuk semua pertanyaan lain, lawati halaman hubungan kami.
Garis panduan jenama berikut telah disediakan untuk memastikan penggunaan dan pelaksanaan jenama serta aset Evernote yang betul, termasuk sebarang tanda dagangan, logo dan/atau kandungan. Untuk menggunakan sebarang tanda kami dengan cara yang tidak diliputi oleh garis panduan ini, sila hubungi kami di brand@evernote.com dan sertakan contoh visual penggunaan yang dimaksudkan.